BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 3, 2009

BAHULU + kuih TRADISI melayu

Saat yang paling bahagia adalah bila mengunyah cebisan bahulu yang direndam teh O panas sambil melayan cerita tamil pada petang ahad....tragis sungguh....Hari ni bersamaan Isnin, 3 Ogos 2009, jam 8.13 pagi, di dewan kuliah 1, Fakulti pengurusan Hotel dan Pelancongan, Shah Alam, seorang sahabat meng'offer' bahulu lantas tanpa segan silu aku pon merasai nikmatnya bahulu nih...

Aku adalah penggemar bahulu yang tegar...huhuhu...tak salah aku pilih course culinary arts ni so, aku dapat belajar la serba sikit pasal kuih ni..Bahulu ni aku kategorikan sebagai kuih tradisi dan wajib disajikan ketika hari raya...masa diploma dulu aku memilih bahulu sebagai kuih tradisional untuk assignment Malaysian Cuisine sebab minat yang amat mendalam terhadap kuih ini...dan nenek kesayangan telah dengan rela hati mengajar aku teknik2 untuk membuat kuih ni berserta dengan tips2 yang selalu dia amalkan...kalau aku terlebih rajin aku akan prepare sendiri bahulu ni untuk makan tapi kalau malas aku slalu beli kat noraini's je...hehehe

Dari sumber2 yang boleh dipercayai, mengikut sejarah kedatangan kuih bahulu ini ke tanah melayu dibawa oleh masyarakat Jawa dari Bangkahulu, Indonesia semasa belayar ke tanah melayu. Lecturer aku cakap, kuih bahulu yang sebenar mempunyai texture yang lembut di dalam dan rangup + kering di luarnya...sehingga sekarang bahulu sangat famous dan telah divariasikan...dan orang putih menggelar bahulu sebagai 'crusty muffin'....

So, aku nak share resepi bahulu nenek aku...

Ingredients:

5# telur

300gm tepung gandum

300gm gula pasir

Cara2:
  1. sangai tepung...make sure tepung tu berubah color kuning dan tak melekat kat kuali...so ni dah kira ok la....biarkan sejuk pastu ayak. (tindakan ini untuk memasukkan angin ke dalam tepung supaya boleh manghasilkan texture bahulu yang lembut dan ringan.
  2. dalam bowl lain plak, kepuk/pukul telur dan gula sampai fluffy. jangan overbeat nanti split.
  3. pastu, masukkan tepung dalam adunan telur dan kacau rata...'scoop'kan batter bahulu ni ke dalam acuan agak2 3/4 penuh sebab nanti kuih akan mengembang..but, acuan tu perlulah disapu dengan minyak dan dipanaskan dahulu baru menghasilkan product yang terbaik..
  4. bakar kuih pada suhu 200C selama 10-12minit...

P/s: selain minyak, aku slalu guna butter untuk glaze...tapi kurangkan suhu skit sebab butter cepat buat product burn...

Agak terlari topik ni...sebenarnya nak cerita pasal makan bahulu member bagi masa breakfast tadi tapi terlebih luah lak perasaan nih...huhuhu

0 comments: